Covid-19: UiTM Anjur Simposium, Bentang Hasil Penyelidikan Secara Maya

SUMBER -- KELANTAN UPDATE.COM

https://kelantanupdates.com/lokal/covid-19-uitm-anjur-asst-2020-secara-maya/?fbclid=IwAR0dSTBkkMPl7fKBCgP6yTiiqy16G5OM7-M7pFSxziJQlriB-bnG7J5kiWo

MACHANG– Sekalipun berdepan pandemik Covid-19, Fakulti Sains Komputer dan Matematik dengan kerjasama Pejabat Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan berjaya menganjurkan program Persidangan “The 3rd Regional Academic Symposium on Science and Technology (ASST 2020)”, baru-baru ini.

Program ASST 2020 yang dianjurkan secara maya melalui aplikasi Webex tersebut mendapat penghargaan Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim pada ucapan perasmiannya.

Program ASST 2020 merupakan penganjuran kali ketiga sejak 2015 namun sedikit berlainan berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana dianjurkan secara maya buat pertama kalinya. 

Tema persidangan pada tahun ini iaitu “Shaping the Future with Data Analytics: A Breakthrough in Technology” memberi tumpuan kepada pembentangan hasil-hasil penyelidikan berasaskan Sains dan Teknologi oleh para akademik, penyelidik dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia.

Persidangan itu juga membawakan barisan penceramah hebat yang terdiri daripada pakar-pakar akademik dan industri iaitu Profesor Dr Daud Mohamad dari UiTM Shah Alam, Dr. Mohd Kamarulzaman Md Akhir dari Universiti Malaysia Perlis dan Encik Mohd Parid Sulaiman, Engineering Director INTEL.

Penyelidikan yang telah dihasilkan daripada beberapa siri persidangan ini tidak dilakukan untuk manfaat warganya sahaja namun untuk dikongsi bersama para ilmuan yang lain bagi sama-sama memajukan keilmuan dalam bidang Sains dan Teknologi dimana pada akhirnya menjadi produk yang akan menguntungkan masyarakat.