Terima kasih bantu kami...

sumber --HARIAN METRO

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/653764/terima-kasih-bantu-kami

 

Machang: Seramai 41 penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, Kampus Machang menerima sumbangan dalam program Bantuan UiTM Prihatin berjumlah RM20,500.

Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Prof Madya Dr Zulkifli Mohamed berkata, program anjuran Unit Misi Akademik dan Pra Pendidikan Tinggi UiTM Cawangan Kelantan bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan terutama keluarga B40.

Katanya, setiap penuntut terbabit menerima wang RM500 atas inisiatif UiTM yang mewujudkan program Bantuan UiTM Prihatin sejajar dengan usaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam membantu mereka menjadi insan berjaya dan cemerlang.

"Program sumbangan ini dapat merealisasikan hasrat kerajaan agar institusi pengajian tinggi (IPT) dapat merapatkan hubungan dengan masyarakat sekali gus memperkasakan IPT di negara ini.

"Pelancaran Bantuan UiTM Prihatin yang menjadi wadah pemerkasan pendidikan anak bangsa ini akan diperluaskan untuk membantu melebar luas akses pendidikan.

"Ia sekali gus memberi peluang kepada pelajar golongan B40 untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi serta menampung kekurangan bagi tujuan pendidikan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.