Siswazah Raih Jualan Cecah Ratusan Ribu Ringgit Jual Basikal Elektrik

KOTA BHARU, 22 April - Seorang siswazah UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang kini mampu tersenyum lebar apabila meraih hasil jualan basikal elektrik atau dikenali sebagai e-bike mencecah ratusan ribu ringgit. Semua ini bermula apabila Mohd Selamat Che Adnan, 27 tahun mendapat inspirasi untuk mengusahakan perniagaan basikal elektrik di negeri ini selepas beliau pulang melancong ke Guangzhou China pada 2018. "Ketika saya melancong ke sana saya melihat mereka menggunakan basikal elektrik ini secara meluas untuk urusan harian bagi mengelakkan berlakunya pencemaran udara. Dari situ, timbul idea untuk berniaga basikal elektrik ini di Malaysia." katanya ketika ditemui pemberita di kedai basikal elektrik miliknya di Cabang Tiga Mahligai, Melor, di sini.

Bacaan lanjut, sila klik pautan: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1954662

SUBMBER -- BERNAMA