Pelajar, kakitangan UiTM Kelantan sertai tadarus al-Quran

MACHANG - Seramai 1,200 pelajar dan kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan menyertai tadarus al-Quran sejak awal Ramadan hingga minggu lalu.

Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Prof Madya Dr Zulkifli Mohammed berkata, dalam keadaan kawalan pandemik Covid-19, program tadarus tersebut dijalankan secara dalam talian menggunakan tiga aplikasi utama iaitu Google Meet, Webex dan YouTube.

"Kebanyakan aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan secara dalam talian sebagai penyesuaian dalam norma baharu dan sebagai alternatif, Program Pembudayaan al-Quran (PPAQ) ini juga mengikut konsep yang sama.


"Aktiviti PPAQ sempena Ramadan kali ini antaranya adalah tadarus al-Quran, tafsir, tadabbur dan juga ceramah agama. Sesuai dengan norma baharu, aktiviti tadarus dilakukan melalui dua kaedah utama iaitu secara pertemuan fizikal dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan juga secara dalam talian.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/137927/Pelajar,-kakitangan-UiTM-Kelantan-sertai-tadarus-al-Quran