MACHANG, 22 Ogos - Jabatan Ekonomi, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan (UiTMCK) dan Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu (UiTMCT) telah berjaya melaksanakan Program Pengajaran Kolaborasi bagi subjek Ekonomi (ECO415) pada 2 Julai 2022 (Sabtu) melalui platform online Google Meet dan YouTube live selama 2 jam bermula jam 2:30 petang sehingga 4:30 petang. Program ini bertujuan memantapkan pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang subjek ECO415 khususnya makroekonomi. Selain itu, program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara UiTM dan IPT lain serta memberi pendedahan kepada para pelajar tentang isu-isu dan keadaan ekonomi semasa. Panel jemputan adalah Dr. Siti Nurul Munawwarah Roslan merupakan pensyarah Ekonomi daripada Taylor’s University. Program ini melibatkan pelajar yang mendaftar subjek Economics (ECO415) iaitu seramai 310 orang pelajar daripada UiTMCK Kampus Machang dan Kampus Kota Bharu serta pelajar daripada UiTMCT Kampus Dungun. Hasil perkongsian daripada panel dapat menarik pihak pelajar untuk memahami keadaan sebenar ekonomi dan dapat mengaitkan dengan teori-teori yang dipelajari dalam silibus ECO415.
Penyedia Laporan:
Dr. Nor Zuriati Amani Ab Rani
Pengarah Program
Nik Suriati Nik Hassan
Timbalan Pengarah
Fadhilah Mohd Ishak@Zainudin
Setiausaha Program