MACHANG, 22 Ogos - Program Fundraising RM1 Je! telah berjaya diadakan dengan kerjasama Persatuan D’Banquers dan Bizmart UiTM Cawangan Kelantan. Program ini bertujuan untuk mengumpulkan dana makanan tambahan para pelajar di kampus UiTM Cawangan Kelantan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir. Selain itu, program ini dapat menggalakkan aktiviti kesukarelawanan di kalangan pelajar, pensyarah dan warga UiTM Cawangan Kelantan secara keseluruhannya serta telah berjaya mencapai objektifnya.
Program bermula dari 4 hingga 6 Julai 2022 ini bermula dari jam 9:00 pagi hingga 3:00 petang di bangunan pentadbiran dan sekitar dalam Kampus UiTM Cawangan Kelantan. Beberapa tabung dan kutipan bergerak dilaksanakan agar dapat membantu mengutip RM1 daripada warga UiTM yang sudi menderma. Kutipan dibuat secara manual tanpa akaun untuk memudahkan para penderma menderma walaupun sedikit sahaja. Setelah itu, Ahli Jawatankuasa D’Banquers dan Bizmart telah membeli makanan kering seperti mee segera, biskut, snek dan coklat dengan harga borong di pasaraya borong bertempat di bandar Tanah Merah. Dengan harga borong, bekalan makanan telah berjaya dibeli dengan banyak dan cukup untuk diagihkan kepada para pelajar di keempat-empat kolej yang berpenghuni. Makanan telah selesai diagihkan pada 18 Julai 2022.
Penyedia Laporan:
En. Putra Faizurrahman Zahid
Pengurus Utama Bizmart Books and Such &
Penasihat 1 Persatuan D’Banquers