Bonding Day 3.0: Strengthening Student Engagement in Academic and Co-Curricular Excellence

Bonding Day 3.0: Strengthening Student Engagement in Academic and Co-Curricular Excellence

KOTA BHARU, 1 Disember - Program Bonding Day 3.0: Strengthening Student Engagement in Academic and Co-Curricular Excellence telah berjaya dianjurkan pada 8 November 2025 dengan objektif utama untuk mengukuhkan hubungan dalam kalangan pelajar serta menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti akademik dan kokurikulum. Program ini turut diserikan dengan kehadiran perasmi, Puan Fadhilah Ishak@Zainuddin, serta sokongan daripada penasihat persatuan ECONBIZ iaitu Dr. Nor Zuriati Amani Ab Rani, Dr. Azmahani Yaacob @ Othman dan Puan Fadhilah. Turut hadir ialah Dr. Cheam Chai Li dan Puan Syazwani A. Malek@Abdul Malek selaku penasihat akademik pelajar.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi menyertai pelbagai aktiviti interaktif seperti Build the Tower, Cup in the Balloon, Charades dan Capture the Flag. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberikan pengalaman yang menyeronokkan, malah berjaya mengasah daya kreativiti, kemahiran komunikasi, kepimpinan serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan peserta. Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai matlamat dengan cemerlang apabila semua peserta menunjukkan komitmen yang tinggi, disiplin yang baik serta kerjasama yang erat antara satu sama lain. Interaksi dalam kalangan pelajar menjadi lebih akrab dan suasana program berjalan dengan penuh keceriaan, keharmonian dan semangat kesukanan.

Diharapkan penganjuran Bonding Day akan diteruskan pada masa hadapan sebagai platform penting dalam memperkukuhkan hubungan antara pelajar dan komuniti institusi. Program seperti ini juga diyakini mampu menyokong usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah diri dan kepimpinan.

Penyedia Laporan:
Dr. Nor Zuriati Amani Ab Rani
Penasihat
Persatuan Econbiz
UiTM Cawangan Kelantan

Dr. Azmahani Yaacob@Othman
Penasihat
Persatuan Econbiz
UiTM Cawangan Kelantan

Puan Fadhilah Ishak@Zainuddin
Penasihat
Persatuan Econbiz
UiTM Cawangan Kelantan