Penyampaian Sijil Pencapaian Siri 2 BPJIM&A Bagi Pencapaian RMU Suku Ketiga 2025

Penyampaian Sijil Pencapaian Siri 2 BPJIM&A Bagi Pencapaian RMU Suku Ketiga 2025

KOTA BHARU, 1 Disember - Penyampaian Sijil Pencapaian Siri 2 Tahun 2025 bagi pencapaian Indikator Prestasi (PI) RMU Suku Ketiga telah diadakan pada 16 November 2025 bertempat di H-Elite Design Hotel, Kota Bharu, bersempena pelaksanaan Bengkel Projek dan Penyelidikan Transformasi Keusahawanan Komuniti Besut dan Tok Bali. Majlis ini disempurnakan oleh Profesor Dr. Mohd Afandi Mat Rani, Rektor UiTM Cawangan Kelantan, sebagai tanda penghargaan rasmi universiti terhadap kecemerlangan penyelidik dan staf akademik dalam bidang penyelidikan, geran dan penerbitan.

Penganjuran majlis ini bertujuan mengiktiraf pencapaian para penyelidik dan staf UiTM Cawangan Kelantan yang telah berjaya mencapai indikator prestasi utama (PI) berkaitan geran penyelidikan, kolaborasi industri dan penghasilan penerbitan berindeks. Pengiktirafan ini juga menjadi dorongan kepada usaha memperkukuh budaya penyelidikan universiti serta memantapkan kedudukan akademik kampus dalam ekosistem penyelidikan nasional dan antarabangsa.

Beberapa kategori penghargaan telah disampaikan melibatkan pencapaian geran nasional, geran industri, geran antarabangsa serta jumlah penerbitan berindeks SCOPUS/WoS dan MyCite. Antara penerima utama termasuk:

1. PI064 – Jumlah Geran Nasional (GOLD AWARD – FRGS) Dr. Warid Mihat (Ketua) dan pasukan penyelidik.

2. PI065 – Jumlah Geran Industri (GOLD AWARD – YPM) Dr. Nur Hazelen Mat Rusok (Ketua) bersama kumpulan penyelidik merangkumi 20 ahli akademik.

3. PI066 – Jumlah Geran Antarabangsa (GOLD AWARD – SRP Grant bersama Albalqa Applied University, Jordan) Dr. Mariam Setapa (Ketua) dan pasukan penyelidik.

4. PI139 – Jumlah Penerbitan Berindeks SCOPUS/WoS
Gold Award: Fakulti Sains Komputer dan Matematik
Silver Award: Fakulti Pengurusan Perniagaan
Bronze Award: Fakulti Perakaunan

5. PI056 – Jumlah Penerbitan MyCite
Gold Award: Fakulti Pengurusan Perniagaan
Silver Award: Fakulti Pengurusan Maklumat
Bronze Award: Fakulti Perakaunan

Selain itu, 9 pensyarah turut menerima baucer makanan tajaan Nasken Coffee sebagai penghargaan atas kejayaan menghantar manuskrip ke jurnal berindeks SCOPUS/WoS melalui Bengkel Penulisan “Research Reset: Achieving Your Publication Goals”, yang secara langsung membantu kampus mencapai PI139.

Majlis ini secara keseluruhannya menggambarkan komitmen UiTM Cawangan Kelantan dalam meraikan budaya penyelidikan berimpak tinggi dan menyokong agenda kecemerlangan universiti dalam penyelidikan serta penerbitan ilmiah. Pengiktirafan ini bukan sekadar meraikan kejayaan individu, tetapi mencerminkan usaha berterusan kampus ke arah meningkatkan penghasilan ilmu, mengukuhkan jaringan kerjasama penyelidikan, dan menyumbang kepada pencapaian UiTM serta aspirasi Malaysia MADANI.

Penyedia Laporan:
Dr. Wan Noraswaniaty Wan Ahmad
Koordinator
ICAN 

Dr. Siti Rosnita Sakarji
Penyelaras
Unit Jaringan Komuniti