MACHANG, 27 November - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Kelantan telah mengadakan taklimat kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dan penganugerahan watikah pelantikan baharu serta kenaikan pangkat pegawai kehormat dan bersekutu sempena lawatan kerja rasmi Yang Amat Setia Ketua Pesuruhjaya APM ke Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Kelantan pada 26 November 2025. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah APM Negeri Kelantan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengurusan APM dan Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi APM.
Majlis pada kali ini melibatkan 3 orang penerima penganugerahan watikah pelantikan baharu termasuk Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Profesor Dr. Mohd Afandi Mat Rani (Rektor UiTM Cawangan Kelantan). Selain itu majlis ini juga melibatkan penganugerahan kenaikan pangkat dan penerimaan pingat APM Negeri Kelantan dalam kalangan pegawai kehormat dan pegawai bersekutu, termasuk dua (2) orang pegawai bersekutu Kor SISPA telah menerima kenaikan pangkat iaitu Mejar Bersekutu (PA) Mohd Azrul Bin Sidek dan Mejar Bersekutu (PA) Nabil Fikri Bin Mohd Salleh serta 156 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kelantan sebagai penerima penganugerahan pingat APM Negeri Kelantan.
Penyedia Laporan:
Kapten Bersekutu (PA) Siti Haslini Zakaria
Pegawai Pentadbiran
Kor SISPA
SM. (PA) Nur Alya Balqis Mazlan
Setiausaha Agung
Kor SISPA

