UiTM Cawangan Kelantan Lancar Wajah Baharu Lobi BPJIM&A dan Siri Pertama ReIACt’s Podcast Sempena 40 Tahun Penubuhan

UiTM Cawangan Kelantan Lancar Wajah Baharu Lobi BPJIM&A dan Siri Pertama ReIACt’s Podcast Sempena 40 Tahun Penubuhan

MACHANG, 27 November - Majlis Perasmian Wajah Baharu Lobi Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni (BPJIM&A) telah disempurnakan oleh Profesor Dr. Mohd Afandi Mat Rani, Rektor UiTM Cawangan Kelantan. Majlis ini mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam memperkukuh persekitaran kerja yang kondusif dan profesional, sejajar dengan aspirasi untuk mempertingkat keberkesanan dalam bidang penyelidikan, jaringan industri, penglibatan komuniti serta peranan aktif alumni.

Majlis turut diserikan dengan pelancaran ReIACt’s Podcast, Siri 1yang bertemakan "Penyelidikan Berimpak, Alumni Membina Legasi, Masyarakat Menikmati Aspirasi: 40 Tahun Menjulang Peranan UiTMCK", bersempena sambutan 40 Tahun penubuhan UiTM Cawangan Kelantan. Siaran podcast ini dikendalikan oleh Dr. Azwan Shah Aminuddin, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, yang menampilkan Profesor Dr. Mohd Afandi Mat Rani sebagai panel jemputan. Perbincangan menyentuh aspek strategik peranan penyelidikan dalam memacu pembangunan institusi, peranan alumni sebagai agen transformasi sosial, serta impak berterusan kepada komuniti setempat.

Terima kasih kepada penaja utama, Digit360 HQ dan DDMS73. BPJIM&A merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepadawarga BPJIMA & individu yg telah menyumbang wang ringgit, idea dan juga tenaga dalam mengubah dekorasi wajah baru BPJIMA. Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kolaborasi serta perkongsian ilmu yang memberi manfaat kepada universiti dan masyarakat.

Penyedia Laporan:
Dr. Wan Noraswaniaty Wan Ahmad
Koordinator
ICAN