MACHANG, 11 November - UiTM Cawangan Kelantan sekali lagi telah membuktikan semangat kesukanan dan perpaduan warga kampus melalui penganjuran College Games (C-Games) UiTM Cawangan Kelantan 2025 yang berlangsung dari 4 hingga 7 November 2025.
Program yang menghimpunkan hampir 2,000 atlet dan urusetia ini menampilkan 22 acara sukan termasuk bola sepak 9 sebelah, futsal, bola tampar, bola keranjang 3 lawan 3, bola jaring, bola baling , badminton , road relay, petanque, ping pong, catur serta e-sukan seperti PUBG dan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).
C-Games 2025 menyaksikan pertandingan sengit antara kolej-kolej kediaman dan non-resident bagi kampus Machang dan Kota Bharu. Sorakan jelas kedengaran di setiap tempat pertandingan, menjadikan suasana kampus penuh warna dan semangat kesukanan sepanjang empat hari penganjuran.
Edisi 2025 dimeriahkan lagi dengan penajaan daripada Syarikat MB Clothing my dan Kyns Fragrance yang telah menaja dan juga memeriahkan program C-Games dengan cabutan bertuah yang berbaloi.
Majlis Perasmian Penutupan College Games 2025 telah disempurnakan oleh Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan. Dalam majlis tersebut, diumumkan bahawa Kontinjen Non-Resident (L) Kampus Machang telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan C-Games 2025 selepas mengungguli pelbagai acara utama. Tahniah diucapkan atas semangat luar biasa yang ditunjukkan!
Penganjuran C-Games ini bukan sekadar pentas persaingan, tetapi turut menjadi wadah untuk menyatukan siswa dan siswi, memupuk nilai kerjasama, disiplin serta meningkatkan tahap kecergasan dan kesejahteraan pelajar UiTM. Tambahan pula, C-Games 2025 merupakan antara inisiatif penting yang menyokong konsep sporting campus UiTM yang melahirkan pelajar yang aktif, berdaya saing dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani serta intelek.
Penyedia Laporan:
Encik Syawalul Imran Yusoff
Pembantu Sukan Kanan
Unit Sukan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar

