Gema Suwara

Gema Suwara

MACHANG, 11 November - Satu program bakat bertajuk Gema Suwara telah berjaya dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Hussein Onn (JPK THO). Program ini telah berlangsung pada 24, 25 dan 29 Oktober di HRD(A) dan Medan Ilmu, UiTM Cawangan Kelantan.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar menonjolkan bakat seni dan kreativiti mereka melalui seni vokal. Selain itu, Gema Suwara menjadi platform kepada mahasiswa daripada pelbagai latar belakang untuk mengekspresikan kreativiti melalui nyanyian.

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Kelantan, dan dijurikan oleh Puan Aziana Ab Kadir serta Puan Munirah Maliki yang berpengalaman dalam bidang seni suara.

Program ini turut mendapat tajaan daripada Raja Perfume dan dihadiri oleh pelajar antarabangsa dari Cagayan State University, Filipina serta Guangxi Minzu Normal University, China , yang memeriahkan lagi suasana pertandingan.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam mencungkil bakat, memupuk keyakinan diri dan mengeratkan hubungan antara mahasiswa dari pelbagai latar belakang.

Penyedia Laporan:
Saudari Fairuza Nadhira Mohamad Jufly
Pengarah Program
Gema Suwara