'Kelantan State Maker Fair - Young Innovators Challenge 2025'

'Kelantan State Maker Fair - Young Innovators Challenge 2025'

MACHANG, 25 September - Young Innovators Challenge (YIC) adalah program yang dianjurkan bersama Chumbaka Sdn. Bhd., Kementerian Pendidikan Malaysia dan Yayasan Sime Darby. Chumbaka Sdn. Bhd. telah melantik Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Cawangan Kelantan sebagai rakan kongsi teknikal untuk YIC peringkat negeri Kelantan semenjak tahun 2023 lagi.

Objektif utama YIC adalah menyediakan satu platform untuk pelajar sekolah menengah mempamerkan prototaip kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah menggunakan teknologi. Chumbaka Sdn. Bhd. bertanggungjawab menyediakan platform dan latihan teknikal dalam bidang teknologi seperti Aduino, Mobile Applications dan Digital Maker. YIC ini adalah satu pertandingan untuk menentukan pemenang untuk dipertandingkan di peringkat kebangsaan.

Program ini diadakan pada 10 September 2025 yang lalu dan dirasmikan oleh Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni (PJIM&A), Dr. Norzieha Mustapha. Seramai 200 orang pelajar sekolah menengah daripada seluruh negeri Kelantan yang menyertai YIC 2025 yang melibatkan 22 buah sekolah. Juri yang terlibat adalah terdiri dari pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Cawangan Kelantan, dan juga dari pelbagai agensi di Kelantan.

Objektif program adalah untuk memberi pendedahan dan menanam minat pelajar dalam bidang STEM, meningkatkan kemahiran kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar sekolah, meningkatkan ketampakan akademik (academic visibility) UiTM Cawangan Kelantan terutama dalam bidang STEM dan IR4.0 serta memberi peluang pemindahan ilmu warga UiTM dan kerja berpasukan bersama dengan agensi luar.

Penyedia Laporan:
Puan Wan Nurul Husna Wan Nordin
Setiausaha Program