Program Seaside Synergy Stewardship Pupuk Kesedaran Alam Sekitar dalam Kalangan Mahasiswa

BACHOK, 7 Julai – Program Seaside Synergy Stewardship telah berjaya dianjurkan pada 21 Jun 2025 bertempat di Pantai Senok, Bachok, Kelantan, melibatkan penyertaan aktif pelajar dan pensyarah. Program ini dilaksanakan dengan matlamat untuk memupuk kesedaran sivik dan tanggungjawab terhadap pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan warga kampus.

Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah gotong-royong membersihkan kawasan pantai dengan pengumpulan sisa sampah secara sistematik. Selain itu, beberapa aktiviti berkumpulan turut diadakan bagi menyemai nilai-nilai murni seperti kerjasama, integriti dan keprihatinan sosial dalam kalangan peserta.

Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), khususnya dalam aspek pemuliharaan alam sekitar dan tindakan terhadap perubahan iklim. Program ini turut menjadi platform untuk membina kesedaran komuniti kampus terhadap peranan mereka dalam memastikan kelestarian persekitaran.

Secara keseluruhan, program ini telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif utamanya dalam membentuk generasi muda yang lebih prihatin dan bertanggungjawab terhadap kebersihan serta kelestarian alam sekitar.

Penyedia Laporan:
Saudari Nur Husna Humairan Mohd Razali
Setiausaha Program
Seaside Synergy Stewardship