Serahan Barangan Sumbangan HEP Kepada Kolej Kediaman UiTM Cawangan Kelantan

MACHANG, 7 Julai – Serahan barangan dapur kepada pihak kolej kediaman UiTM Cawangan Kelantan telah dilaksanakan pada 1 Julai 2025 sebagai inisiatif kebajikan kepada mahasiswa yang menginap di kolej kediaman. Serahan ini merupakan salah satu usaha berterusan dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa diberi keutamaan. Barangan bantuan yang diserahkan merupakan sumbangan daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2024/2025 dan telah disampaikan oleh Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar selaku wakil rasmi daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
 
Inisiatif ini secara tidak langsung mencerminkan semangat keprihatinan dan nilai kepimpinan yang ditonjolkan oleh mahasiswa sendiri melalui peranan MPP dalam menyumbang kembali kepada komuniti kampus. Melalui usaha ini, bukan sahaja keperluan asas pelajar dapat dibantu, malah ia turut mencerminkan semangat kepimpinan pelajar melalui MPP yang sentiasa cakna dan bertindak demi kebaikan rakan-rakan seperjuangan. Hubungan erat antara HEP, MPP dan pihak kolej juga dapat diperkukuh melalui program seperti ini yang bersifat inklusif dan membina.
 
Serahan ini diharap menjadi pemangkin kepada lebih banyak usaha berbentuk kebajikan pada masa akan datang, sekali gus menyokong misi UiTM untuk melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah berjiwa prihatin dan bertanggungjawab terhadap komuniti sekeliling. Diharapkan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban pelajar serta memperkukuh hubungan strategik antara HEP, MPP dan pihak pengurusan kolej dalam membentuk ekosistem kampus yang sejahtera dan mesra pelajar.
 
 
Penyedia Laporan:
Saudari Nur Alya Qistina Muhamad Azmairul
Sekretariat Pejabat Setiausaha Agung
Majlis Perwakilan Pelajar