Taklimat Cakna Integriti HEP UiTM Cawangan Kelantan

MACHANG, 13 April - Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar telah menganjurkan Taklimat Cakna Integriti yang melibatkan semua staf Hal Ehwal Pelajar dan wakil-wakil Bahagian / PTJ UiTM Cawangan Kelantan.

Program ini turut melibatkan sesi taklimat bersama Pejabat KWSP Tanah Merah berkaitan pengurusan simpanan dan pakej-pakej terbaru dari KWSP.

Program dimulakan dengan ucapan aluan Timbalan Rektor HEP, Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli dan seterusnya Taklimat Cakna Integriti disampaikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan, Encik Hishamudin Mohamad Twontawi. Antara topik-topik yang disampaikan dalam taklimat ini adalah seperti konsep integriti dalam pengurusan pelajar, etika & disiplin dalam profesionalisme, pengurusan masa yang berkesan dan isu-isu berkaitan ketidakpatuhan dikalangan staf.

Taklimat bersurai selepas sesi soal jawab dan sesi konsultasi dengan pihak KWSP di kaunter yang telah disediakan.

Penyedia Laporan:
Encik Mohd Azrul Sidek
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar