MACHANG, 26 Novemberr 2024 - Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Hussein Onn dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta Kelab Sekretariat Rukun Negara Uitm Cawangan Kelantan Kampus Machang telah mengadakan program Malam Seni Wayang Kulit yang bertempat di Medan Ilmu UiTM Cawangan Kelantan dan berlansung pada jam lapan malam dan berakhir jam 11 malam. Program ini telah dibanjiri oleh mahasiswa UiTM Cawangan Kelantan, mahasiswa daripada international student serta komuniti setempat yang mencecah seramai 5000 penonton secara keseluruhan.
Matlamat program ini adalah untuk memupuk semangat cinta akan kebudayaan tanah air serta mengeratkan hubungan sesama mahasiswa UiTM Cawangan Kelantan. Program ini juga diadakan bagi mengekalkan dan memelihara seni dan budaya tradisional yang ada terutamanya di negeri Kelantan.
Program ini telah dihadiri oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar iaitu Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Ketua Staf Residen Kolej,Encik Wan Mohd Firdaus Wan Mohamad seterusnya Staf Residen Kolej Tun Hussein Onn, Puan Wan Salwana Wan Sulaiman dan Encik Muhammad Faiz Iskandah. Program ini juga telah dihadiri Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Saudara Firdaus Hakimi Shurkawi serta Presiden Jawatankuasa Tertinggi Kediaman Saudara Adam Mansor, Presiden Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Hussein Onn Saudari Aldina Mohd Faisal dan Presiden Sekretariat Rukun Negara Saudara Haikal Mohd Fauzi.
Penonton menyambut baik dengan memberi kerjasama dan perhatian sepenuhnya sepanjang program dijalankan. Penasihat program ini iaitu Puan Wan Salwana Wan Sulaiman amat terharu dengan semangat semua mahasiswa dalam penglibatan di dalam program ini. Tambahan lagi, berdasarkan maklum balas daripada penonton, ramai penonton yang bersetuju untuk meneruskan program ini pada masa akan datang.
Penyedia Laporan:
Bibi Izzaty Binti Rosdi
Pengarah Program Malam Seni Wayang Kulit