MACHANG, 26 November 2024 - Jawatankuasa Tertinggi Kediaman dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan Non Residen telah menganjurkan Festival Kolej ke-16 (FESKO ke-16) yang berlangsung bermula 22 hingga 26 Oktober 2024. Program ini telah dilaksanakan di Medan Ilmu, UiTM Cawangan Kelantan dan berlangsung secara hybrid di platform live Instagram dan Youtube. FESKO ke-16 kali ini digamatkan lagi i dengan kehadiran lebih 15.000 orang pengunjung yang terdiri daripada warga UiTM dan komuniti luar dari seluruh Kelantan
FESKO ke-16 merupakan program tahunan yang dianjurkan bagi memupuk mahasiswa untuk bergiat aktif dalam aktiviti berorganisasi. Selain itu, menjadi nilai tambah kepada soft-skills dan keupayaan mereka dalam menyelesaikan masalah untuk keperluan dunia pekerjaan. Terdapat pelbagai aktiviti dan pengisian yang ada, di mana melibatkan semua Kelab/ Persatuan,Kolej Kediaman dan komuniti luar.
Seterusnya, FESKO-16 telah melibatkan seramai 97 orang ahli awatankuasa induk program bersama 38 orang penyelaras dan penasihat bagi menjayakan program ini.Sebanyak 28 program dan sub-program telah diadakan sebagai pengisian sepanjang 5 hari FESKO ke-16 berlangsung. 42 gerai jualan yang terdiri daripada warga UiTM dan orang awam telah dibuka bagi memeriahkan lagi program kali ini.
Majlis Perasmian Pembukaan Festival Kolej ke-16 telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA.Majlis ini disempurnakan dengan gimik perasmian iaitu memulangkan keris ke sarungnya yang bertepatan dengan warisan melayu yang utuh digenggam meski pun dalam zaman komedenan kini. Ianya bertepatan dengan tema FESKO-16 iaitu bertemakan Aura Bangsa.
Penyedia Laporan:
Muhammad Haiqal Amin bin Mohd Ramli
Setiausaha
Festival Kolej ke-16