Bengkel Memperkasakan Profesionalisme Pensyarah Baharu (bMPPb) KPPIM UiTM Cawangan Kelantan

MACHANG, 13 November – Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) UiTM Cawangan Kelantan telah berjaya mengadakan Bengkel Memperkasakan Profesionalisme Pensyarah Baharu (bMPPb) pada 20 Oktober 2024. Bengkel ini melibatkan pensyarah baharu KPPIM yang terdiri daripada pensyarah tetap dan pensyarah Part Time/Full Time (PTFT). Objektif utama bengkel ini adalah untuk berkongsi dengan pensyarah-pensyarah baharu tentang integriti, etika serta akauntabiliti sebagai seorang penjawat awam/staf UiTM. Selain itu, bengkel ini diadakan untuk memberi pemahaman kepada pensyarah-pensyarah baharu berkenaan tugas-tugas hakiki sebagai seorang pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran (PnP), penyelidikan, penerbitan dan lain-lain lagi. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk memberi penerangan tentang sistem-sistem akademik yang digunakan di UiTM seperti SIMS, UFUTURE, AIMS, MyATP dan lain-lain lagi selain daripada bertujuan untuk berkongsi dan berbincang tentang sumbangan dan tanggungjawab pensyarah-pensyarah baharu kepada KPPIM secara khusus dan kepada UiTMCK secara umumnya.

Penceramah bengkel ialah Prof. Madya Dr. Zuriani Ahmad Zulkarnain, Prof. Madya Dr. Noorihan Abdul Rahman@Abdul Rashid, Encik Hishamudin Mohamad Twontawi, Timbalan Pendaftar Kanan UiTMCK dan Puan Marhainis Jamaludin. Banyak ilmu yang telah dikongsi oleh para penceramah kepada peserta-peserta bengkel pada kali ini. Semoga ilmu yang diperolehi memberi kesan serta impak positif dalam pengukuhan diri para peserta dan dengan secara langsung dapat dijana ke arah kemajuan UiTM Cawangan Kelantan, UiTM dan negara Malaysia.

Penyedia Laporan:
Puan W.Nurfahizul Ifwah W.Alias
Pensyarah Kanan
Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik
UiTM Cawangan Kelantan