Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA)

MACHANG, 26 September - Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) menyantuni Rumah Anak Yatim Lilbanat Banggol Judah telah dianjurkan oleh Pejabat Sukan Daerah Machang dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Kolej dari UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang pada 21 September 2024. Program ini meraikan 38 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim Lilbanat Banggol Judah dan Padang Pak Amat, Pasir Puteh. Antara intipati program adalah aktiviti gotong-royong mengecat taman, membersihkan kawasan sekitar taman dan aktiviti sukaneka. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada belia di dalam penglibatkan program kesukarelawanan bersama komuniti setempat dan golongan yang kurang berkemampuan. Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat kecintaan kepada negara dan membantu mengurangkan masalah kesihatan mental di kalangan belia dan pelajar universiti awam.

Penyedia Laporan:
Encik Azrul Sidek
Penolong Pendaftar Kanan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Kelantan