JOHOR, 17 September - Kokurikulum Siswa Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA), UiTM Cawangan Kelantan telah menghantar seramai 38 orang Pegawai Kadet SISPA (PKS) ke Istiadat Pentauliahan Kor SISPA Peringkat Kebangsaan Kali Ke-15 pada 13 hingga 18 Ogos 2024 yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya APM, Yang Amat Setia Datuk KPj. (PA) Aminurrahim Mohamed.
Istiadat ini turut dihadiri Komandan UiTM, Ppj. Kehormat (PA) Ts. Dr. Norazah Abdul Rahman, Pengarah APM Negeri Kelantan, Yang Setia Kol. (PA) Mohd Adzhar Mujab dan diiringi oleh 2 orang pegawai iaitu Lt. Kol. Bersekutu (PA) Wan Mohd Firdaus Wan Mohamad, Ajutan Kor SISPA UiTM Cawangan Kelantan dan Kapt. Bersekutu (PA) Nabil Fikri Mohd Salleh, Pegawai Logistik Kor SISPA UiTM Cawangan Kelantan.
Istiadat pada kali ini juga disertai oleh 26 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan 4 Institusi Pengajian Guru (IPG) yang diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang juga merupakan tuan rumah bagi menjalankan istiadat tersebut.
Seramai 22 orang PKS ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda Pertahanan Awam dan 16 orang PKS ditauliahkan dengan pangkat Staf Muda Pertahanan Awam setelah menamatkan kursus-kursus wajib iaitu Kursus Asas, Kursus First Responder Life Support (FRLS), Kursus Pengurusan Pusat Pemindahan (PPP), Kursus Metodologi dan Kursus Bakal Pegawai.
Penyedia Laporan:
Lt. M (PA) Adlin Madihah Mustafa
Pegawai Muda Kor SISPA
UiTM Cawangan Kelantan