Program Count on Success (COS) 2.0: Grooming Future Accountant

MACHANG, 2 September - Program Count on Success (COS) 2.0: Grooming Future Accountant adalah program anjuran pelajar Sarjana Muda Fakulti Perakaunan Semester 7 dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan. Program ini merupakan program kesinambungan setelah pencapaian program Count on Success pada tahun 2023 yang berjaya mendapat pengiktirafan “3 Star Rating” dalam projek penglibatan komuniti 2023. Program ini juga menyambung sinergi dan kerjasama antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan bersama SMK(A) Wataniah, Machang dan kolaborasi baharu bersama Pertubuhan CAKNA Negeri Kelantan serta Marybrown Cawangan Tanah Merah.

Program COS 2.0 ini telah berlangsung di perkarangan Blok Akademik D, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan Kampus Machang bersama penyertaan 62 orang pelajar kursus perakaunan dari SMK(A) Wataniah, Machang dan 42 pelajar fasilitator serta barisan ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pelajar Sarjana Muda Perakaunan Semester 7.  Program ini sekali lagi menumpukan kepada hubungan UiTM bersama masyarakat komuniti setempat, berikutan dengan penglibatan SMK(A) Wataniah, Machang. Objektif program ini adalah untuk mendorong pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan pelajar sekolah menengah mengenai konsep asas perakaunan, memberi informasi halatuju kerjaya dalam bidang perakaunan di samping menerapkan pembelajaran, pengurusan risiko kepada pelajar sekolah menengah dan mengetengahkan isu-isu keselamatan siber.

Pelajar dapat memahami konsep dengan bermain permainan berdasarkan silibus pembelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Slot permainan “Tally Trail” membantu pelajar untuk mencabar pemikiran kreatif dan kritis pelajar dalam menyelesaikan teka-teki berbentuk problem solving manakala permainan “The Bear and The Bull” membantu pelajar-pelajar perakaunan untuk memahami konsep dan asas perakaunan dalam cara yang menyeronokkan.

Slot seterusnya diisi dengan perkongsian oleh Dr. Siti Haliza Asat yang bertajuk Setting Sail: Steering Your Journey Towards Success. Perkongsian ini berkaitan dengan halatuju kerjaya dalam bidang perakaunan. Objektif slot ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar SMK(A) Wataniah berkaitan dengan halatuju kerjaya di dalam bidang perakaunan.

Program ini turut dihadiri oleh Pegawai Asistan Superintendan Siti Shaikhah Abdul Hadi, daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) bagi slot Ceramah Cyber Awareness. Slot ini diharapkan dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar serta membuka mata tentang risiko berkaitan dengan penggunaan talam siber dan teknologi.

Program ini turut menerima beberapa tajaan daripada Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan, Pertubuhan CAKNA Negeri Kelantan (CAKNA), Pertubuhan Kebajikan Mahabbah Malaysia serta Marrybrown cawangan Tanah Merah. Sumbangan yang diberikan dapat membantu melancarkan perjalanan program. Kerjasama strategik antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan bersama agensi dan syarikat luar dapat memperkukuhkan sinergi antara institusi akademik bersama agensi luar. Secara tidak langsung, ia dapat memperluaskan jaringan sumber yang dapat memberikan manfaat kepada pelajar, universiti serta komuniti setempat.

Penyedia Laporan:
Saudari Nur Izyan Atiqah Mazuki
Naib Setiausaha
Program Count on Success 2.0