Projek SULAM Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Semester 7

KOTA BHARU, 8 Ogos - Projek Service-Learning Malaysia University for Society (SULAM) merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan mendedahkan pelajar kepada penyelesaian permasalahan sebenar dalam komuniti. Tiga kumpulan pelajar Semester 7 dari Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UiTMCK adalah antara kumpulan pelajar yang berjaya menimba pengalaman berharga melalui projek SULAM ini. Satu sesi pertemuan khusus bagi mengumpul maklumat telah diadakan di setiap premis perniagaan yang terpilih. Tiga syarikat yang terlibat adalah:

  1. Duch Perfume Trading Sdn. Bhd. (19 Mei 2024)
  2. Deharuman Perfume Netseller Sdn. Bhd. (29 Mei 2024)
  3. Pizza Jangok Mek Ani (6 Jun 2024)

Secara keseluruhannya, semua syarikat yang disenaraikan di atas sangat berpuas hati dengan pembentangan 'Business Advisory Report' yang disediakan oleh para pelajar pada akhir projek SULAM tersebut. Semoga saranan yang diberikan dapat memberi nilai tambah kepada pihak syarikat yang terlibat.

Penyedia Laporan:
Dr. Nor Hayati Samba Mohamed
Pensyarah Kanan
Fakulti Perakaunan