Bina Karakter Diri, Serlahkan Potensi

TOK BACHOK, 8 Ogos - Satu program motivasi anjuran SMK Agama Tok Bachok bertajuk ‘Bina Karakter Diri, Serlahkan Potensi’ telah diadakan pada 23 Julai 2024. Program ini bertempat di Dewan Abu Bakar As-Siddiq. Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Kelantan, Dr. Nor Hayati Samba Mohamed telah dijemput untuk memberikan pengisian kepada seramai 137 orang pelajar Tingkatan 3 SMKA Tok Bachok. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan semangat para pelajar bagi memberi kesedaran pada peringkat awal dalam menggapai kecemerlangan menuju peperiksaan SPM yang bakal ditempuh dua tahun lagi. Semoga penganjuran program ini memberi manfaat dalam membina kecemerlangan buat kesemua pelajar Huffaz yang terlibat baik dari aspek akademik mahupun hafalan Al-Quran.

Penyedia Laporan:
Dr. Nor Hayati Samba Mohamed
Pensyarah Kanan
Fakulti Perakaunan