Kesan Positif Program Pemerkasaan Pemasaran Digital (DiME 2024) Kepada Usahawan Kecil di Daerah Kota Bharu

KOTA BHARU, 8 Ogos - Sejajar dengan kehendak semasa perniagaan yang menggunakan pemasaran digital, Program Pemerkasaan Pemasaran Digital (DiME 2014) yang dijalankan atas usahasama antara Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Negeri Kelantan dan Unit Masmed UiTM Cawangan Kelantan. Objektif perlaksanaan program ini adalah bagi memperkasakan pemasaran digital dan meningkatkan pendapatan dalam kalangan usahawan miskin tegar di Kelantan. Untuk siri pertama, DiME 2024 ini telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Mac 2024, bertempat di UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu. Kehadiran peserta adalah seramai 13 orang yang merupakan usahawan kecil di kawasan Kota Bharu. Program sehari itu merangkumi 7 modul, ceramah dan latihan dalam kumpulan yang dibantu oleh fasilitator dalam kalangan pensyarah UiTM Cawangan Kelantan dan pegawai ICU JPM Negeri Kelantan.

Seusai program tamat, setiap peserta diberi fasilitator yang telah ditetapkan bagi membantu dan memantau keberkesanan peserta masing-masing. Hasil dapatan menunjukkan adanya kesan positif program terhadap peserta yang menyertainya iaitu dari segi kesedaran dan pengetahuan pemasaran digital, lebih berfikiran kreatif dan wujudnya peningkatan dalam pendapatan mereka.

Program seperti ini mampu melatih para usahawan menggunakan platform pemasaran digital secara praktikal (hands-on) di mana mereka mula mahir dengan tatacara untuk menggunakan pelbagai platform pemasaran digital yang merangkumi zero marketing, Affiliate, Teknik Live di media sosial dan cara membina konten serta pelbagai lagi. Ternyata DiME 2024 bermanfaat dalam mewujudkan usahawan yang kreatif dan berdaya saing bagi meningkatkan pendapatan dan seterusnya mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan. Justeru itu, setiap usahawan perlu mempunyai pemahaman terhadap elemen pemasaran digital dan perlaksanaan strategi yang terancang agar pasaran yang lebih luas dapat diterokai dengan mudah dan berkesan.

Penyedia Laporan:
Puan Nur Haslina Ramli
Pensyarah
Fakulti Pengurusan & Perniagaan

Puan Norsilawati Mohd Hassan
Pensyarah Kanan
Fakulti Pengurusan & Perniagaan 

Dr. Azyanee Luqman
Pensyarah Kanan
Fakulti Pengurusan & Perniagaan 

Puan Nor Sabrina Zahari
Pensyarah Kanan
Fakulti Pengurusan & Perniagaan