Perasmian "Bbq Corner@Healing Station" Kolej Kediaman

MACHANG, 28 Mei - BBQ CORNER@Healing Station merupakan satu inisiatif oleh Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar bagi mewujudkan persekitaran yang menenangkan dan santai dalam kalangan pelajar di kolej kediaman.

Selain memeriahkan kawasan kolej kediaman, ia juga berpeluang untuk menambah penjanaan pendapatan bagi Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman untuk mencari dana dalam menganjurkan aktiviti di kolej kediaman.

Setiap kolej akan dibekalkan dengan peralatan seperti dapur barbeku dan arang atas permintaan pelajar. Caj minima akan dikenakan kepada pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan ini. BBQ CORNER@Healing Station ini telah dirasmikan oleh Profesor Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi (Timbalan Naib Canselor HEP). Turut hadir ke program ini ialah Rektor UiTM Cawangan Kelantan iaitu Profesor Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Pengurusan Eksekutif UiTMCK, Staf Residen Kolej, barisan Majlis Perwakilan Pelajar dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej serta semua staf yang terlibat.

Secara keseluruhannya, usaha seperti ini dapat membantu meringankan beban minda pelajar yang sentiasa sibuk dengan belajar dan pada masa yang sama ia juga akan mewujudkan persekitaran yang tenang dan santai serta menjamin kesejahteraan diri mental dan emosi pelajar.

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada pihak Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Kelantan dan juga kepada Timbalan Rektor HEP atas idea dan sokongan bagi menjayakan pelaksanaan BBQ CORNER@Healing Station ini.

Tahniah dan syabas juga kepada staf Pengurusan Unit Residensi dan Hospitaliti, Staf Residen Kolej THO serta Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Hussien Onn, atas komitmen masa dan tenaga bagi menjayakan program ini.

Penyedia Laporan:                     
Puan Siti Azida Aziz
Penolong Pengurus Asrama Kanan
Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar
Bahagian Hal Ehwal Pelajar