Kunjungan Hormat Delegasi Princess of Naradhiwas University, Narathiwat, Thailand

MACHANG, 28 Mei - Satu kunjungan hormat dari Pengurusan Tertinggi Princess of Naradhiwas University (PNU), Narathiwat Thailand yang diketuai oleh Presiden, Assistant Professor Dr. Preecha Salaemae ke Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan (UiTMCK) pada 27 hingga 28 April 2024.  Kunjungan pada julung-julung kali ini juga diiringi oleh Assistant to President (International Relations), Encik Alee Jehlae dan Pensyarah Kanan Islamic Studies, Dr. Wan Imron Wae Pa, Timbalan Dekan Fakulti Kejururawatan, Assistant Professor Tidarat Wangsawat, Timbalan Dekan Fakulti Perubatan, Cik Fardeela Bin-alee dan Pegawai Khas Presiden, Encik Abha Samoh.

Sempena kunjungan ini, delegasi dari PNU berkesempatan mengadakan pertemuan meja bulat bersama dengan Pengurusan Tertinggi UiTMCK diwakili oleh Profesor Madya Dr. Mohd Nasir Ismail dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri UiTMCK. Antara perkara yang dibincangkan antara kedua-dua pihak adalah mengenai peluang kolaborasi penyelidikan dan perkongsian aktiviti akademik para pensyarah serta mobiliti mahasiswa. Presiden PNU menzahirkan ucapan terima kasih atas sambutan yang diberikan kepada delegasi beliau dan mengharapkan jalinan kerjasama yang mapan antara dua institusi pengajian tinggi.  Semoga usaha dan aspirasi meningkatkan pencapaian UiTM di peringkat global terus maju dalam melahirkan mahasiswa yang inovatif serta berdaya saing.

Penyedia Laporan:
Cik Asiah Said
Setiausaha 1
UiTM Global Cawangan Kelantan