PENGKALAN CHEPA, 21 Mei 2024 – Majlis pertemuan dan perbincangan antara delegasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Nasken Coffee telah diadakan di Nasken Coffee Cawangan Pengkalan Chepa, Kelantan pada 16 Mei 2024. Perbincangan yang diadakan buat pertama kali ini telah membuahkan hasil yang positif. Sesi perbincangan telah dihadiri oleh delegasi UiTM yang diketuai oleh Profesor TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah (Timbalan Naib Canselor ICAN) dan wakil dari UiTM Cawangan Kelantan yang dihadiri oleh Profesor Dr. Abdol Samad Nawi (Rektor UiTMCK), Dr. Norzieha Mustapha (Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni), Profesor Madya Dr. Mohd Nasir Ismail (Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik), Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli (Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar), Encik Hishamudin Mohamad Twontawi (Timbalan Pendaftar Kanan), Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff (Koordinator ICAN) dan Encik Muhammad Syafiq Hassan (Koordinator Unit Komunikasi Korporat). Manakala pihak pengurusan Nasken Coffee pula terdiri dari Encik Mohd Badrul Insan Kauzi (Pengarah Korporat & Operasi) yang merupakan alumni UiTM Cawangan Kelantan, Encik Mohd Nazif bin Ab Aziz (Ketua Pegawai Eksekutif), Encik Muhammad Baihaqi Mohd Zulkepli (Ketua Pengurus), Encik Muhammad Irfan Izani (Pengurus Sumber Manusia), Encik Mohammad Syazwan Iqram Mohd Zuki (Ketua Chef) dan Puan Nur Azzariah Mokhtar (Pengurus Nasken Manufacturing). Pertemuan ini adalah bagi membincangkan berkaitan jalinan kerjasama melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang bakal dilaksanakan antara UiTM Cawangan Kelantan dan Nasken Coffee yang mempunyai 35 buah cawangan di seluruh Malaysia. Antara intipati yang dibincangkan adalah menyediakan peluang latihan industri, menyediakan peluang pekerjaan kepada para graduan UiTM, menjalankan latihan jangka masa pendek antara 3 hingga 6 bulan di industri melalui perkongsian kepakaran dari para akademik UiTM dalam membantu meningkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan di Nasken Coffee, perkongsian kejayaan alumni-alumni UiTM yang mencipta kejayaan di Nasken Coffee, menjalankan kerjasama dalam program khidmat masyarakat dan memberi diskaun kepada pelanggan setia Nasken Coffee melalui “My Alumni Virtual Card” kepada para mahasiswa, alumni dan staf UiTM. Semoga jalinan kerjasama antara dua pihak ini dapat dapat memberi impak kepada pembangunan universiti, industri, alumni dan masyarakat.
Penyedia Laporan:
Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff
Koordinator ICAN
Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni