KOTA BHARU, 21 Mei 2024 – Program ‘Meet & Greet’ bersama Profesor TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah selaku Timbalan Naib Canselor ICAN yang lebih dikenali sebagai Prof. J telah berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu pada 16 Mei 2024. Program ini turut dihadiri oleh Profesor Dr. Abdol Samad Nawi (Rektor UiTM Cawangan Kelantan), Dr. Norzieha Mustapha (Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni), Profesor Madya Dr. Mohd Nasir Ismail (Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik), Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli (Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar), Encik Hishamudin Mohamad Twontawi (Timbalan Pendaftar Kanan), Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff (Koordinator ICAN) dan Dr. Julaina Baistaman (Penyelaras ICAN UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu). Dalam rangka kerja Prof. J ke Negeri Kelantan, beliau telah sempat bertemu dan beramah mesra bersama barisan Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN), KPP dan warga akademik UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu. Pelbagai info telah dibincangkan dalam pertemuan ini antaranya program sambutan 25 tahun UiTM yang bakal berlangsung pada 24 Ogos 2024 di peringkat UiTM Se-Malaysia. Selain itu, beliau turut menekankan aspek jalinan kerjasama antara UiTM Cawangan Kelantan bersama dengan industri dalam dan luar negara serta program-program khidmat masyarakat yang dapat membantu menaikkan sosio-ekonomi masyarakat di negeri Kelantan melalui agenda pembasmian kemiskinan. Seterusnya, Prof. J turut berkongsi pengalaman dan idea kepada pihak pengurusan dan warga UiTM Cawangan Kelantan dalam melaksanakan program-program berimpak tinggi yang melibatkan jaringan industri, komuniti dan alumni. Semoga segala intipati yang dikongsikan ini mampu menaikkan dan melonjakkan UiTM di persada dunia.
Penyedia Laporan:
Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff
Koordinator ICAN
Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni