Anugerah Metic 2024 Yang Ke-13

BANGI, 21 Mei 2024 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan telah berjaya meraih 4 anugerah di Anugerah (METIC 13) ICAN pada 29 April 2024 bertempat di Hotel Tenera, Bangi, Selangor. Anugerah yang berjaya diraih ialah Anugerah Penarafan Bintang Terbanyak PTJ (tempat pertama). Anugerah yang seterusnya ialah Anugerah Projek Komuniti Hasil Penyelidikan / Inovasi (tempat pertama). Anugerah ini dimenangi menerusi projek Kursus Kewangan Masjid anjuran bersama Fakulti Perakaunan dan MAIK yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Marziana Madah Marzuki. Selain itu, anugerah yang berjaya diraih ialah Anugerah Terbaik PTJ, Sumbangan Terkumpul Tabung Alumni Prihatin RM5. Melalui tabung sumbangan, warga UiTM Cawangan Kelantan telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM 35,830 bagi tujuan kebajikan para pelajar UiTM Cawangan Kelantan yang memerlukan bantuan. Anugerah yang terakhir yang dimenangi ialah Anugerah Komuniti Lestari (tempat ketiga). Anugerah ini telah dimenangi oleh Projek Kelestarian Keusahawanan Komuniti Sungai Pinang yang diketuai oleh Dr. Hatinah Abu Bakar selaku Ketua Projek dari Fakulti Pengurusan Perniagaan mewakili UiTM Cawangan Kelantan. Keempat-empat anugerah tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti & Alumni iaitu Profesor TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah. Mewakili UiTM Cawangan Kelantan, majlis telah dihadiri oleh Profesor Dr. Haji Abdol Samad Nawi (Rektor UiTM Cawangan Kelantan), Dr. Norzieha Mustapha (Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni) dan Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff (Koordinator ICAN UiTM Cawangan Kelantan). Pihak pengurusan UiTM Cawangan Kelantan mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan anugerah ini. Semoga anugerah yang berjaya diperoleh ini dapat menyuntik semangat buat warga UiTM Cawangan Kelantan dalam terus melaksanakan program-program berimpak tinggi yang mampu menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Penyedia Laporan:
Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff
Koordinator ICAN
Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni