Kursus Audit Dalam 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Kualiti UiTM Cawangan Kelantan akan menganjurkan Kursus Audit Dalam 2024 kepada calon pegawai audit dalam seperti butiran berikut:

Tarikh: 19 - 21 Mei 2024 (Ahad - Selasa)
Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
Tempat: HRD A, UiTM Cawangan Kelantan

Oleh itu, pihak Unit Pengurusan Kualiti ingin menjemput pegawai audit dalam sedia ada untuk menyertai bengkel ini pada 19 Mei 2024 (Ahad) untuk mengemaskini maklumat berkaitan proses-proses audit dalam yang terkini.

Kerjasama semua amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.