Program Navigating Your Accounting Journey With Faculty of Accountancy, UiTMCK

MACHANG, 16 Mei - Program Navigating Your Accounting Journey with Faculty of Accountancy, UiTMCK telah diadakan pada 19 – 20 April 2024 bertempat di AU300 UiTMCK. Program ini dianjurkan atas inisiatif pihak pengurusan tertinggi Fakulti Perakaunan UiTMCK dengan kerjasama Members of Bachelor in Accountancy Society (MemBACCs), MARA University of Technology Accountancy Society (MUTAC) dan Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTMCK sebagai sesi pengenalan Fakulti Perakaunan kepada mahasiswa baru Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (AC220). Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan aktiviti dan kegiatan mahasiswa supaya menjadi proaktif dan mampu berdaya saing secara sihat. Bukan itu sahaja, ianya juga bertujuan untuk memberi pencerahan dan penjelasan mengenai pelan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Seramai 42 orang mahasiswa baru Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) UiTMCK telah hadir. Seramai 5 orang pensyarah iaitu Dr. Nik Zam Nik Wan, Dr. Wan Nor Asmuni Wan Fauzi, Cik Siti Nor Adawiah, Puan Rabaatul Azira Hassan dan Puan Syuhaila Razak dan kaunselor Puan Zainab ‘Izzah Mahmud telah dijemput untuk memastikan pelajar baru dapat mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental dalam menempuh kehidupan sebagai pelajar IPT. Di antara topik yang dibincangkan adalah kepentingan pengurusan masa, bagaimana menjadi mahasiswa yang profesional dan kepentingan kesihatan mental. Pelaksanaan program ini dapat membantu UiTMCK mencapai petunjuk prestasi PI039 iaitu ‘number of programmers related to emotional well-being’, PI006 – Percentage of GOT students dan PI029 – ‘number of leadership programmes’ bagi tahun 2024.

Penyedia Laporan:
Puan Syuhaila Razak
Pensyarah Kanan
Fakulti Perakaunan