Bengkel Route To Graduate On Time (GOT): Memperkasakan Peranan Penasihat Akademik (PA) Fakulti Perakaunan

MACHANG, 16 Mei - Bengkel Route to Graduate on Time (GOT): Memperkasakan Peranan Penasihat Akademik (PA) Fakulti Perakaunan telah diadakan dengan jayanya pada 4 April 2024 secara atas talian menggunakan platform Google Meet. Bengkel ini telah disertai oleh PA bagi pelajar Fakulti Perakaunan yang terdiri daripada 36 orang pensyarah Perakaunan, 5 orang pensyarah Akademi Pengajian Bahasa dan seorang pensyarah Undang-undang. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk membantu PA membimbing pelajar bagi memastikan pelajar GOT dan seterusnya dapat mencapai PI006. Penceramah untuk bengkel ialah Dr. Nik Zam Nik Wan, Ketua Pusat Pengajian (KPP) Fakulti Perakaunan. Penasihat Akademik diwujudkan untuk memastikan pelajar mencapai kecemerlangan akademik di samping mempunyai personaliti, sahsiah dan soft skills yang tinggi. Justeru itu pelajar diletakkan di bawah bimbingan Penasihat Akademik (PA) daripada kalangan pensyarah di sepanjang tempoh pengajian. PA berperanan membantu pelajar meningkatkan kemahiran dan mengatur strategi bagi mencapai tujuan tersebut. Semoga hasil daripada bengkel ini dapat memberi nilai murni yang bermanfaat dan berpanjangan buat para pelajar Fakulti Perakaunan.

Penyedia Laporan:
Puan Syuhaila Razak
Pensyarah Kanan
Fakulti Perakaunan