MACHANG, 14 Mac - College of Creative Arts (CCA) UiTM Cawangan Kelantan telah terlibat secara langsung sebagai rakan kolaborasi bersama Strategic Partner of The State Government dan Collectibles Museum dalam Festival Srikandi bersempena Sambutan Hari Wanita Sedunia 2024 yang bertempat di Dewan Jubli Perak dan Dewan Gelanggang Seni Kota Bharu.
Program tersebut telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 7, 8 dan 9 Mac 2024. Seramai 30 orang pensyarah, 30 orang pelajar dan 5 orang alumni CCA UiTM Cawangan Kelantan terlibat secara langsung dalam program tersebut. Pensyarah dan pensyarah kanan yang terlibat ini telah memikul tugasan sebagai barisan juri untuk pertandingan melukis dan mewarna serta menjadi juri bagi pertandingan tatarias dan busana yang telah diadakan selama 3 hari berlangsungnya festival tersebut.
Festival Srikandi 2024 ini telah diketuai oleh Puan Siti Safura Zahari daripada Jabatan Seni Halus dan dijayakan bersama oleh Ketua Pusat Pengajian, Dr. Nani Hartina Ahmad, Puan Nur Fatiyah Roslan serta barisan pensyarah dan pensyarah kanan daripada CCA antaranya Encik Mohd Hakim Mohd Sharif, Encik Adib Mohd Hasan, Encik Azhar Aziz, Encik Junaidi Awang, Encik Faizal Ramli, Encik Sarman Mohamad, Encik Hamdan Lias, Encik Mohd Masdi Abdul Manan, Encik Yusof Daud, Dr. Mat Redhuan Samsudin, Encik Mohd Faiz Jalaludin, Encik Mohd Heidhir Hamdan, Encik Mazlan Mustapha, Encik Mohd Bakeri Ab Rahman, Encik Azman Ismail, Encik Muhammad Shafiq Muda, Puan Wan Soliana Wan Md Zain, Puan Wan Salwana Wan Sulaiman, Dr. Siti Fairuz Md Hashim, Dr. Noorlida Daud, Ts. Nur Shafinaz Mohd Anuar, Ts. Emilia Abdul Manan, Ts. Rozita Shamsudin, Puan Anis Ediana Mohd Fauzi, Puan Mazni Omar, Puan Hartini Mohd Razali dan Puan Zainab Anuar. Kerjasama yang erat dan berdedikasi telah ditampilkan dalam meraikan serta menjayakan program pada kali ini.
Selain memartabatkan Kesenian, Warisan dan Kebudayaan, penglibatan dan peranan CCA selain daripada menjadi rakan kolaborasi dalam program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat umum terutamanya di negeri Cik Siti Wan Kembang berkenaan kemahiran dan kekuatan hasil seni dan produk pelajar serta alumni yang rata-ratanya adalah daripada 4 jabatan iaitu Jabatan Seni Reka Grafik dan Media Digital (CAAD 111), Seni Reka Tekstil (CAAD 112), Seni Reka Logam Halus (CAAD 113) dan Seni Halus (CAAD 118). Produk dan hasil seni yang dipamerkan dan dijual adalah seperti Seni Catan Painting, Seni Arca Sculpture, Seni Cetak Printmaking, Lukisan Drawing, Batik, Tenunan Length Fabric & Creative Weaving, Printing, Digital Illustration serta demonstrasi pembuatan perhiasan diri daripada bahan logam.
Selain bahan karya kreatif yang dipamerkan selama 3 hari, sesi jualan dan art market, festival tersebut juga telah berjaya menarik pengunjung yang datang ke tapak pameran untuk mempelajari teknik ikat celup daripada Jabatan Tekstil, mempelajari pembuatan cincin dan barang hiasan daripada Jabatan Logam Halus serta mempelajari digital drawing dan ilustrasi daripada Jabatan Seni Reka Grafik sekaligus mempromosikan kursus pengajian yang ditawarkan di College of Creative Arts UiTM Cawangan Kelantan.
Acara kemuncak sempena sambutan hari wanita sedunia pada 8 Mac adalah acara berjalan bersama ikon bertajuk "Fun Walk with Icon", Puan Siti Safura Zahari sekali lagi mewakili UiTM Cawangan Kelantan serta diberi penghormatan untuk mengiringi DYMM Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, Sultanah Kelantan untuk program yang diadakan buat julung kalinya.
Program Festival Srikandi 2024 telah selamat disempurnakan oleh penaung program dengan penyampaian anugerah serta penghargaan oleh YBM Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim serta isteri YAM Tengku Puan Laksamana Kelantan Dato' Seri Diraja Sharifah Azwan binti Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Tahniah kepada Puan Siti Safura Zahari dan juga Ketua Pusat Pengajian College of Creative Arts Dr. Nani Hartina Ahmad di atas kerjasama yang cemerlang untuk festival yang penuh gemilang dan sekaligus meletakkan UiTM Cawangan Kelantan di tahap produktiviti yang cemerlang dan berdaya saing.
Pautan video Acara Fun Walk: https://www.facebook.com/share/v/YYE4cJgE2yKFyHcE/?mibextid=WC7FNe
Pensyarah Kanan
Kolej Pengajian Seni Kreatif
Pensyarah Kanan
Kolej Pengajian Seni Kreatif
Puan Wan Soliana Wan Md Zain
Pensyarah Kanan
Kolej Pengajian Seni Kreatif