Kursus Asas Pertolongan Cemas Kepada Penasihat Kelab & Persatuan Pelajar UiTM Kampus Kota Bharu

KOTA BHARU, 20 September - Bahagian HEP UiTM Kampus Kota Bharu telah menganjurkan Program Kursus Asas Pertolongan Cemas Kepada Penasihat Kelab & Persatuan Pelajar UiTM Kampus Kota Bharu, bertempat di Dewan DHS pada 12 - 13 September 2023. Seramai 32 penasihat telah hadir. Program telah dirasmikan oleh Ts. Dr. Khalid Abdul Wahid, Penolong Rektor (Kampus Kota Bharu). Penceramah terdiri daripada staf Unit Kesihatan UiTM Kampus Machang dan Kampus Kota Bharu. Manakala penceramah jemputan pula adalah Norudin Yaacob, Timbalan Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Kota Bharu. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk melengkapkan setiap penasihat kelab dan persatuan dengan kemahiran asas kecemasan. Penasihat kelab dan persatuan sentiasa terlibat dengan aktiviti-aktiviti pelajar. Oleh itu adalah penting bagi mereka mempunyai pengetahuan asas dalam menangani situasi kecemasan dan kemalangan semasa melakukan aktiviti.
 
 
Penyedia Laporan:
Cik Che Surmaiza Yaacob
Pegawai Eksekutif Kanan
Kampus Kota Bharu