KOTA BHARU, 20 September - Pihak RHB Bank telah membuat Kunjungan Hormat ke UiTM Kampus Kota Bharu pada 23 Ogos 2023. Rombongan RHB Bank diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Rizal Lope, Deputy Managing Director, RHB Islamic Bank bersama tujuh (7) orang lagi staf RHB yang lain. Pihak UiTM Kampus Kota Bharu diketuai oleh Husariman Hassan, Penolong Bendahari Kanan dan Ketua-ketua Unit di UiTM Kampus Kota Bharu. Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah bagi membincangkan isu-isu Kad Pelajar RHB, mengenal pasti penambahbaikan kepada pelajar serta perkara-perkara lain yang disediakan oleh pihak RHB Bank kepada pelajar dan juga staf.
- Unit Komunikasi Korporat
- Events
- Jumlah paparan: 312