8 Pelajar UiTMCK Mendapat Tawaran Petronas dan Petronas Partner

KUALA TERENGGANU, 20 September - UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) telah menghantar 14 pelajar yang terpilih ke program BeDigital Bootcamp anjuran Petronas bagi edisi Pantai Timur bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Seramai 8 pelajar UiTMCK telah berjaya mendapatkan tawaran pekerjaan dengan gaji permulaan yang lumayan, 2 pelajar di Petronas Digital Sdn. Bhd. dan 6 pelajar di Petronas Partner.

Tahniah diucapkan kepada para pelajar UiTMCK!!!
Semoga terus cemerlang dan menaikkan lagi nama UiTM di persada dunia!!!