Kembara Budaya Tokyo, Jepun 2023

MACHANG, 25 September - Program Kembara Budaya Tokyo, Jepun 2023 UiTMCK anjuran Persatuan Cultural Unit Theatre (C.U.T.E) di bawah Unit Kebudayaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTMCK dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Tokyo Jepun melibatkan seramai 8 peserta yang terdiri daripada pegawai pengiring iaitu Noor Emma Farihan Zakaria penasihat kelab kebudayaan, 2 ahli Persatuan CUTE, 2 ahli Kelab Seri Serangkai Tari (SST), 2 orang dari Kelab Seni Kebudayaan Dunia Sarjana (SKEDSA) dan seorang ahli dari Unit Pengacaraan. Program ini bermula pada 16 September 2023 - 20 September 2023.

Pada hari pertama program kami bermula, kami telah melawat perkampungan Budaya Jepun di Saiko Iyashi no Sato Nenba. Kami juga diberi peluang oleh pihak Kedutaan untuk menghadiri pameran galeri seni sempena 107th Nika Art Exhibition iaitu salah satu pameran kompetitif seni tertua dan paling penting di Jepun, yang mempunyai sejarah yang kaya sejak lebih satu abad. Pameran ini dianggap sebagai platform yang menonjol untuk mempamerkan karya artis berbakat dari seluruh Jepun dan dari luar negara di The National Art Center, Tokyo pada hari kedua. 

Pada hari ketiga,kami telah menjalankan lawatan ke Kedutaan Malaysia di Tokyo, Jepun dan berdiskusi bersama Imran Yussof yang merupakan Kaunselor, Sektor Pejabat Pendidikan dan Latihan Tokyo, Jepun dan Md Jeffry Joe Meyer, Second Secretary (Information & Public Relations) serta turun dihadiri oleh penterjemah daripada kedutaan iaitu Nakata yang menjadi penterjemah sepanjang program Kembara Budaya berlangsung. 

Program Sharing Knowledge telah dijalankan di sekolah Fuchu Nishi High School pada hari ketiga dan Takehaya High School, Tokyo pada hari keempat dimana berlangsungnya persembahan tarian, nyanyian, demonstrasi dan praktikal Permainan Kompang, pemakaian Kain Semutar dan Kain Batik Sarong bersama pelajar-pelajar dan juga guru-guru di kedua sekolah tersebut. Turut hadir dalam setiap program Sharing Knowledge yang dijalankan adalah wakil Kedutaan Malaysia di Tokyo, Jepun iaitu Md Jeffry Joe Meyer, Second Secretary (Information & Public Relations), Mamoru Kamibayashi daripada Tokyo International Exchange Concierge dan wakil daripada Supervisor Public Interest Incorporated Foundation, Tokyo Education Promotion and Support Organization Kamiya Natsumi. Pihak Kedutaan dan pihak sekolah amat berpuas hati dengan penganjuran program ini dan berharap kerjasama ini akan berterusan untuk masa akan datang.

Penyedia Laporan:
Saudari Hani Maisara Ahmad
Setiausaha
Persatuan Cultural Unit Theatre (C.U.T.E)
Sesi 2022/2023