Majlis Perasmian dan Pelepasan Duathlon Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2023

MACHANG, 7 September – Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) merupakan satu aktiviti tahunan yang diadakan sempena ulang tahun Kesatria. Aktiviti tahunan ini melibatkan komander kesatria daripada setiap kampus. Setiap kampus akan bergilir-gilir untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran KKEC. Pada tahun ini, UiTM Cawangan Kelantan telah diberi amanah dan tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah bagi KKEC siri 11/2023.

Tujuannya adalah untuk menguji daya ketahanan fizikal dan mental dalam menempuh setiap halangan serta memupuk pelajar agar memiliki jati diri yang tinggi. Di samping itu, dapat meningkatkan pengetahuan dan mengeratkan hubungan antara Komander Kesatria seluruh UiTM daripada setiap kampus.

Majlis dirasmikan oleh Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Rektor UiTMCK, turut serta barisan pengurusan universiti UiTMCK dan pegawai-pegawai Kokurikulum seluruh kampus UiTM. Majlis diteruskan dengan sesi pelepasan acara yang pertama iaitu acara Duathlon bermula dengan larian sejauh 8 km dan berbasikal sejauh 20 km.

Program ini berlangsung bermula pada 4 September hingga 9 September 2023, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Machang turut membantu bagi menjayakan setiap acara yang dipertandingkan.

Pautan video program seperti berikut:

youtu.be/-e_sfa_oswc

Penyedia laporan:
Unit KoKurikulum
Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTMCK