Warning

Joomla\CMS\Filesystem\Folder::files: Path is not a folder. Path: [ROOT]/images/INFO/events/23-08/UiTM_Percussion

Notice

There was a problem rendering your image gallery. Please make sure that the folder you are using in the Simple Image Gallery plugin tags exists and contains valid image files. The plugin could not locate the folder:

UiTM Cawangan Kelantan Johan (Kategori Drumline Battle) Bagi Pertandingan Percussion UiTM Se-Malaysia 2023

UiTM Cawangan Kelantan Johan (Kategori Drumline Battle) Bagi Pertandingan Percussion UiTM Se-Malaysia 2023

REMBAU, 28 Ogos – Kokurikulum Kesatria Brass Band X Vilolet Master Crew (VMC), UiTM Cawangan Kelantan telah mendapat JOHAN (KATEGORI DRUMLINE BATTLE) bagi Pertandingan Percussion UiTM Se-Malaysia pada 22 - 26 Ogos 2023 yang diiringi oleh Haziqah Ab Halim, Penyelaras Kokurikulum Kesatria Brass Band merangkap Penasihat Violet Master Crew (VMC). Pertandingan ini disertai tiga (3) Kampus UiTM iaitu UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau mewakili tuan rumah, UiTM Cawangan Kelantan dan UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Pertama kali mendapat Johan bagi Kategori Drumline Battle. Seramai 14 orang pelajar dari Komander Kesatria Brass Band dan juga Persatuan Violet Master Crew (VMC) menyertai pertandingan tersebut. Tema kali ini yang kami pilih adalah tema sukan iaitu sukan Softball. Dengan kepakaran jurulatih jemputan iaitu Shamsulzaman Shamsudin (instructor) yang memang pakar dalam bidang percussion ini.

Terima kasih diucapkan kepada Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Rektor dan Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Kelantan kerana turut hadir untuk memeriahkan lagi program tersebut. Tidak lupa juga kepada Khairul Anuar Ab Hamid (Penolong Pendaftar Kanan Kokurikulum) dan juga Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Kelantan yang banyak membantu dalam merealisasikan program ini.

{gallery}INFO/events/23-08/UiTM_Percussion{/gallery}

Penyedia Laporan:
Puan Haziqah AB Halim
Penyelaras Kokurikulum Kesatria Brass Band 
merangkap Penasihat Violet Master Crew (VMC)