Sesi Penyerahan Mesin Cetak Pejabat Rektor

Sesi Penyerahan Mesin Cetak Pejabat Rektor

MACHANG, 6 November - Pusat Pengajian Siswazah (PPS) UiTM Cawangan Kelantan telah menyerahkan sebuah mesin cetak kepada Pejabat Rektor UiTM Cawangan Kelantan sebagai sumbangan bagi menyokong kelancaran urusan pentadbiran pejabat tersebut pada 2 November 2025. Penyerahan rasmi telah disempurnakan oleh Ketua Pusat Pengajian Siswazah, Dr. Nor Halida Haziaton Mohd Noor, diiringi oleh Pegawai Eksekutif PPS, Encik Mohammad Syahrul Ashraff Suhaidi, kepada Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Profesor Dr. Mohd Afandi Mat Rani.

Sumbangan ini adalah hasil pertimbangan dan kelulusan melalui beberapa proses serta pengesahan jawatankuasa mengikut prosedur yang ditetapkan. PPS berharap agar sumbangan ini dapat membantu meningkatkan kecekapan operasi dan kelancaran urusan pentadbiran Pejabat Rektor. Semoga inisiatif ini menjadi simbol kerjasama dan sokongan berterusan antara Pusat Pengajian Siswazah dan Pejabat Rektor dalam memperkukuh sistem pengurusan di UiTM Cawangan Kelantan.

Penyedia Laporan:
Encik Mohammad Syahrul Ashraff Suhaidi
Pegawai Eksekutif
Pusat Pengajian Siswazah
UiTM Cawangan Kelantan