Projek Pemetaan Warisan Kelantan

Projek Pemetaan Warisan Kelantan

KOTA BHARU, 6 November - Projek Pemetaan Warisan Kelantan merupakan inisiatif yang dicetuskan oleh Ts. Hj. Azizi Jantan, Ketua Pustakawan UiTM Cawangan Kelantan, hasil daripada lawatan kerja pada 22 September 2025 ke Rumah Kelantan Tiang 12 yang terletak di Jalan Dusun Muda, Kota Bharu, Kelantan. Pemilik rumah bersejarah tersebut, Tn. Hj. Johan Arif juga merupakan Profesor Adjung Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Cawangan Kelantan.

Projek ini bertujuan untuk membangunkan Repositori Pemetaan Warisan Kelantan, iaitu sebuah pangkalan data digital yang menghimpunkan maklumat warisan negeri secara sistematik, berstruktur, dan mudah diakses. Repositori ini bakal menjadi sumber rujukan digital utama bagi masyarakat umum, para penyelidik, serta pelajar dalam usaha memelihara, mendokumentasi, dan memperkukuh warisan budaya negeri Kelantan.

Penyedia Laporan:
Puan Rosmariyati Ab Rahman
Timbalan Ketua Pustakawan (M)(KUP)
UiTM Kampus Kota Bharu