Kunjungan Hormat UiTM Cawangan Kelantan ke Akademi Kenegaraan Negeri Kelantan

Kunjungan Hormat UiTM Cawangan Kelantan ke Akademi Kenegaraan Negeri Kelantan

PASIR MAS, 6 November - UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan kunjung hormat ke Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Kelantan dalam usaha memperluas jaringan kerjasama antara dua institusi.
 
Kunjungan ini diketuai oleh Profesor Dr. Mohd Afandi Mat Rani, Rektor UiTM Cawangan Kelantan, bersama Jawatankuasa Pelaksana Adiwangsa UiTM Cawangan Kelantan. Delegasi UiTM telah disambut mesra oleh Puan Zuryati Zakariah, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Kelantan.
 
Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan peluang kerjasama dalam penganjuran Program Pemerkasaan Kepimpinan UiTM Cawangan Kelantan, yang berfokus kepada pembentukan jati diri, semangat kenegaraan dan nilai kepimpinan dalam kalangan warga universiti.
 
UiTM Cawangan Kelantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak AKM Negeri Kelantan atas sambutan yang amat mesra dan keterbukaan untuk menjalin kerjasama strategik ke arah memperkasa agenda kenegaraan dan kepimpinan di peringkat universiti.
Penyedia Laporan:
Puan Nur Haziqah Muhamad Zaki
Setiausaha
Jawatankuasa Pelaksana Adiwangsa
UiTM Cawangan Kelantan