'Empowering Research Project with Graph Theory and Optimization Models'

'Empowering Research Project with Graph Theory and Optimization Models'

MACHANG, 6 November - Jabatan Matematik Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM) UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan Program 'Empowering Research Project with Graph Theory and Optimization Models' kepada pelajar semester 4 dan 5 bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik (CDCS249). Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kaedah analisis dan aplikasi teori graf serta model pengoptimuman bagi memperkukuh prestasi akademik. Program ini diketuai oleh Dr. Norarida Abd Rhani selaku Pengarah Program yang memainkan peranan penting dalam memastikan segala perancangan berjalan lancar. Hasil usaha dan kerjasama semua pihak, program ini telah berlangsung dengan cemerlang dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Program ini telah dihadiri oleh 73 orang mahasiswa dan mahasiswi dari Program CDCS249 UiTM Cawangan Kelantan dan pensyarah-pensyarah Matematik UiTM Cawangan Kelantan. Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Pusat Pengajian FSKM iaitu Dr. Suriana Alias. Program diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu dari Prof. Madya Dr. Adibah Shuib. Banyak ilmu yang telah dikongsi oleh penceramah kepada peserta-peserta program ini. Melalui program ini, para peserta mendapat pendedahan, meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dijana ke arah kebaikan UiTM khasnya dan negara amnya.

Penyedia Laporan:
Puan W.Khairiyah Hulaini Wan Ramli
Pensyarah Kanan
Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKMI)
UiTM Cawangan Kelantan