Pelaksanaan Ko-Kurikulum Badan Beruniform Kesatria Negara (HBU111)

Pelaksanaan Ko-Kurikulum Badan Beruniform Kesatria Negara (HBU111)

KOTA BHARU, 6 November – Buat julung kalinya, Kursus Kokurikulum Badan Beruniform Kesatria Negara (HBU111) telah dilaksanakan pada 23 Oktober 2025 melibatkan aktiviti Latihan Kawad Kaki yang disertai oleh seramai 140 orang pelajar semester 1, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Kampus Kota Bharu.

Latihan ini telah diadakan di perkarangan UiTM Kampus Kota Bharu bermula dari jam 5.00 hingga 7.00 petang dengan penuh semangat dan disiplin oleh para peserta.

Program ini bukan sahaja bertujuan untuk melatih pelajar dalam aspek kawad dan ketahanan fizikal, tetapi juga bagi memupuk semangat kerjasama, kepimpinan, serta jati diri sebagai mahasiswa UiTM.

Penyedia Laporan:
Cik Che Surmaiza Yaacob
Pegawai Eksekutif Kanan 
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Kampus Kota Bharu