KOTA BHARU, 5 November - Program Saringan Kesihatan telah dianjurkan oleh Unit Kesihatan UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK), Kampus Kota Bharu dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu pada 9, 23 dan 30 Oktober 2025. Penganjuran program ini bertujuan melaksanakan saringan kesihatan khususnya kepada golongan muda, terutamanya mahasiswa UiTMCK Kampus Kota Bharu.
Inisiatif ini merupakan langkah pencegahan dan promosi kesihatan bagi meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kesihatan sejak awal usia dewasa. Melalui saringan awal, sebarang tanda-tanda masalah kesihatan dapat dikesan lebih awal, seterusnya membolehkan rawatan segera diberikan bagi mengelakkan komplikasi yang lebih serius.
Pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan sepanjang program ini seperti pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan dan rawatan pergigian, taklimat kesihatan, pameran kesihatan serta saringan HIV. Program sebegini bukan sahaja memberi manfaat dari segi pengetahuan dan kesedaran kesihatan, malah dapat memupuk sikap tanggungjawab dalam kalangan mahasiswa untuk sentiasa prihatin terhadap kesejahteraan diri dan komuniti sekeliling.
Penyedia Laporan:
Encik Mohamad Fakri Che Ghani
Penolong Pegawai Perubatan
Unit Kesihatan
UiTM Kampus Kota Bharu

