Perjumpaan Penolong Rektor UiTM Kampus Kota Bharu Bersama Jawatankuasa Perwakilan Non-Residen (JPNR) dan Ketua Aras Asrama Manzil Jawhari

Perjumpaan Penolong Rektor UiTM Kampus Kota Bharu Bersama Jawatankuasa Perwakilan Non-Residen (JPNR) dan Ketua Aras Asrama Manzil Jawhari

KOTA BHARU, 30 Oktober – Satu sesi perjumpaan santai antara Penolong Rektor UiTM Kampus Kota Bharu bersama Jawatankuasa Perwakilan Non-Residen (JPNR) dan Ketua Aras Asrama Manzil Jawhari telah diadakan pada jam 2.30 petang hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Dato’ Hassan Said (DHS) pada 16 Oktober 2025.

Perjumpaan ini diadakan bagi tujuan sesi suai kenal antara pihak pengurusan universiti, JPNR serta semua ketua aras Asrama Manzil Jawhari. Sesi ini turut menjadi medium untuk memperkukuh komunikasi dan jalinan kerjasama antara pihak pengurusan serta wakil pelajar yang memainkan peranan penting dalam urusan kebajikan dan pengurusan asrama.

Dalam pertemuan tersebut, Penolong Rektor turut menyampaikan amanat kepada semua ketua aras agar melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi. Beliau menekankan aspek keselamatan penghuni asrama sebagai keutamaan, termasuk memastikan pintu utama sentiasa ditutup dan dikunci, serta melaporkan sebarang aduan kerosakan dengan segera kepada pihak berkaitan.

Perjumpaan ini diharap dapat memperkukuh hubungan baik antara pihak pengurusan dan pelajar, sekali gus mewujudkan suasana kediaman yang lebih selamat, harmoni dan kondusif di Asrama Manzil Jawhari.

Penyedia Laporan:
Puan Johannis Ahmad Sohaimi
Pegawai Eksekutif Kanan
UiTM Kampus Kota Bharu