MACHANG, 2 Oktober - Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Kelantan telah menganjurkan Bengkel Kolokium Akademik dengan jayanya pada 24 September 2025, bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana, Blok D, UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang. Bengkel ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari dan telah disertai oleh para pensyarah dari Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM).
Kolokium akademik ini menampilkan beberapa sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Prof. Madya Dr. Zuriani Ahmad Zulkarnain, Prof. Madya Dr. Noorihan Abdul Rahman, Dr. Wan Fariza Wan Abdul Rahman, Puan Nor Asma Mohd Zin, dan Puan Cik Ku Haroswati Che Ku Yahaya daripada Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM). Para penceramah ini merupakan pensyarah berpengalaman serta pakar dalam bidang penyelidikan, penulisan dan juga penerbitan.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pensyarah untuk berkongsi idea dan strategi baharu yang boleh diaplikasikan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (PnP). Penganjuran bengkel ini juga diharapkan dapat meningkatkan kemahiran profesional pensyarah khususnya dalam mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran (PnP) yang lebih berkesan agar dapat memberikan sumbangan bermakna kepada perkembangan ilmu pengetahuan di peringkat institusi pendidikan tinggi.
Diharapkan dengan penganjuran bengkel seperti ini, ianya dapat diteruskan bagi memperkukuhkan budaya inovasi, kolaborasi, serta peningkatan profesionalisme dalam kalangan pensyarah UiTM Cawangan Kelantan.
Penyedia Laporan:
Puan Nurul Hafiza Ismail
Setiausaha
Bengkel Kolokium Akademik