Hari Keluarga Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Kelantan 2025

TERENGGANU, 27 Julai - Program Hari Keluarga Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Kelantan telah diadakan pada 18 hingga 19 Julai 2025 di Sutra Beach Resort, Terengganu. Program ini bertujuan untuk meningkatkan hubungan interpersonal serta memperluaskan jaringan sosial antara warga fakulti dalam suasana santai dan mesra, membantu mengurangkan tekanan kerja serta meningkatkan tahap kesejahteraan dan Happiness Index dalam kalangan ahli fakulti melalui penglibatan dalam aktiviti riadah, serta mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan yang lebih kukuh, sekali gus memperkukuh institusi kekeluargaan dalam komuniti fakulti secara keseluruhannya.

Seramai 122 peserta, termasuk 28 orang pensyarah dan ahli keluarga masing-masing yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti sukaneka dan aktiviti BBQ. Program ini memberi peluang kepada pensyarah untuk melepaskan tekanan kerja, menikmati masa berkualiti dengan keluarga, serta memperkukuhkan silaturahim dalam suasana santai. Selain itu, program ini turut membantu mewujudkan keseimbangan kehidupan kerja dan peribadi, serta meningkatkan komunikasi dalam kalangan peserta. Secara keseluruhan, Hari Keluarga ini berjaya membentuk hubungan yang lebih mesra dan harmoni dalam kalangan warga pensyarah Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Kelantan.

Penyedia Laporan:
Puan Noraida Saidi
Pensyarah Kanan
Fakulti Perakaunan
UiTM Cawangan Kelantan