BESUT, 28 Julai - Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan Kem Pemantapan & Gerak Kerja Berpasukan Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Kelantan bertempat di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu pada 19 dan 20 Jun 2025. Program ini melibatkan semua staf Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang yang dirancang khusus untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan gerak kerja dalam Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Kelantan.
Objektif program ini adalah meningkatkan kerjasama berpasukan dalam kalangan anggota Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Kelantan, memperbaiki komunikasi dan koordinasi antara staf dalam melaksanakan tugas seharian, meningkatkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan dalam kalangan ahli pasukan, membina semangat berpasukan yang lebih kukuh melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan dan memperkasakan produktiviti serta prestasi Bahagian Pentadbiran dalam mencapai matlamat universiti. Sehubungan itu, Kem Pemantapan & Gerak Kerja Berpasukan ini dapat mencetuskan semangat baru dalam kalangan staf untuk bekerja lebih efisien dan harmonis demi mencapai objektif organisasi.
Penyedia Laporan:
YM Engku Nor Laili Engku Yaacob
Kerani
Bahagian Pentadbiran
UiTM Cawangan Kelantan